Sekarang ni dah mudah. Tak perlu pening-pening nak tahu kiraan fidyah, guna sahaja kalkulator fidyah. Tapi tak bermakna anda boleh ambil mudah sahaja hal ini.
Ada orang ingat bila dah bayar fidyah, dah kira selesai ‘ganti’ puasa.
Tak!
Ini yang perlu kita betulkan.
Dan dalam artikel kali ini, kami kongsikan sebab-sebab dikenakan fidyah yang khusus untuk puasa wajib serta kiraan fidyah yang betul berdasarkan senario yang berbeza.
Memetik daripada web PPZ MAIWP, fidyah adalah;
denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.
Ya, fidyah tidak terhad pada puasa wajib sahaja.
Tapi dalam artikel kali ini kita akan fokuskan tentang bab puasa sahaja dulu.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB.
Hal ini berdasarkan pada dalil al-Quran;
Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Surah Al-Baqarah (2): 184
Secara kasarnya kita lihat fidyah ni adalah denda. Dan denda ni mungkin kedengaran agak negatif atau kasar.
Tetapi disebaliknya itu, terdapat kelembutan dan keindahan hukum Islam itu sendiri.
Terdiri daripada golongan;
Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.
Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Contoh situasi adalah wanita uzur atau bermusafir atau sakit yang terpaksa tinggalkan puasa tapi masih mampu untuk berpuasa adalah wajib untuk ganti puasa (qada’) pada tahun sama ia ditinggalkan.
Sekiranya tidak menggantikan (qada’) puasanya sehingga telah memasuki Ramadan berikutnya, ia diwajibkan untuk membayar fidyah dan kekal menggantikan (qada’) puasanya.
Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Bagi mereka yang telah insaf kerana meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja, adalah wajib untuk gantikan semula dan bayar fidyah sebanyak mana bilangan yang telah ditinggalkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 17 Rabi’ul Awal 1442H bersamaan 3 November 2020 telah memutuskan bahawa kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah 1/4 daripada zakat fitrah yang dibayar.
Kadar zakat fitrah yang ditetapkan bagi umat Islam di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2023 bersamaan 1445 Hijrah ialah sebanyak RM 7.00 atau RM14.00 atau RM21.00 seorang mengikut jenis beras yang digunakan.
Oleh yang demikian, kadar bayaran fidyah semasa yang ditetapkan adalah RM 1.75 atau RM 3.50 atau RM 5.25.
Pihak pengutip bayaran juga diharuskan mengambil upah sebanyak 15% tidak termasuk kadar sebenar fidyah bagi tujuan pengurusan.
Maka, umat Islam boleh memilih untuk membayar fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan termasuk upah sama ada RM2.00 atau RM4.00 atau RM6.00.
Kiraan fidyah pula ada dua cara kira fidyah puasa.
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil.1/2001 pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa:
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadan, maka kiraan fidyah nya ialah:
(RM2 atau RM4 atau RM6) x 3 Hari (Bilangan puasa ditinggalkan) x 3 Tahun (Jumlah tahun ditinggalkan = JUMLAH FIDYAH
Ada situasi dimana bilangan hari dan tahun puasa yang ditinggalkan terlalu lama. Jadi bila guna kiraan fidyah berganda, jumlah yang perlu dibayar mungkin terlalu besar sehingga membebankan.
Oleh itu, anda boleh pilih tidak menggunakan gandaan dalam kiraan fidyah jika tidak berkemampuan.
Nak lagi mudah, anda boleh gunakan kalkulator fidyah ini.
Kalau anda buat carian kalkulator fidyah, kebanyakan institusi seperti PPZ, MAIWP, Zakat Selangor secara umumnya menggunakan RM4 sebagai kadar fidyah.
Ini adalah berdasarkan kadar harga secupak beras (makanan asasi kebanyakan penduduk). Walaubagaimanapun ia bergantung pada jenis beras yang anda gunakan setiap hari.
Tambahan, kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat serta harga beras semasa.
Manakala kaedah pengiraan pula, jika berkemampuan, gunalah gandaan dalam kiraan fidyah. Jika tidak, tidak perlu digandakan.
Wallahualam.
*P/s: Untuk pengiraan zakat, anda boleh gunakan kalkulator zakat kami dan bayar zakat secara online terus.